Tuesday, August 17, 2010

Aku Mereka




Kenapa mereka tidak aku


Menyorot dengan pucuk bukan berlauk kerapu
Kenapa mereka tidak aku
Berkaki ayam bukan bersepatu
Kenapa mereka tidak aku
Berkejar kejar bukan berseragam
Kenapa aku tidak mereka
Melempar wang bukan menahan lapar
Kenapa aku tidak mereka
Berkemeja bukan compang camping
Kenapa aku tidak mereka
Sentiasa diterangi bukan gelita
Memang aku bukan mereka
Berkereta tidak mendayung untuk berdunia
Memang aku bukan mereka
Sentiasa berdingin tidak membanting di bawah suria
Memang aku bukan mereka
Lupa segala bukan mencipta bahagia
Sudah Dia menakdirkannya
Aku insan biasa harus tawadduk menerima
Mungkin ada hikmah aku tidak seperti mereka
Memanjat syukur memohon taubatNya.
fitri, 1000 malam.


1 comment:

  1. Salam,,di sini Jan nak bagitau yang sekarang ini Jan tidak lagi menggunakan norizzanni@blogspot..com.my sebaliknya jan menggunakan izzannie90@blogspot.com.my.Kawan-kawan dan Cikgu Nasrol boleh menaip terus kat http://izzannie90@blogspot.com.my (BAHASA LAMBANG JIWA ANAK BANGSA).Jan nak minta maaf atas sebarang kesulitan kerana Jan ada masalah dengan blog lama.Diharap cikgu dan rakan-rakan sekalian akan membantu Jan dalam usaha kita menambah ilmu bersama-sama..sekian..

    ReplyDelete