Friday, October 1, 2010

Evolusi KL Drift

1. PLOT


Permulaan

Zack watak yang dipegang oleh shamsul yusof merupakan seorang pelumba kereta drift elit di Kuala Lumpur. Fasha (Fasha Sanda) merupakan kekasih Zack da dia juga menggemari lumba kereta. Pada satu malam, zack ternampak Fasha bergaul dengan seorang pengedar dadah.Pengedar dadah tersebut telah dihantar oleh ketuanya, Joe (lakonan Aaron Aziz) untuk menjual dadah di tempat lumba kereta tersebut. Sebagai seorang kekasih yang prihatin, Zack telah memarahi Fasha dan memberi amaran kepada pengedar dadah tersebut supaya tidak mendekati kekasihnya. Fasha telah bergaduh dengan Zack pada malam tersebut.

Perkembangan

Apabila pegaduhan antara Zack dengan Fasha tercetus. Sham (lakonan Farid Kamil) menjadi orang tengah yang cuba menyelesaikan masalah tersebut. Ketika cuba memujuk Fasha, Sham telah jatuh hati kepada Fasha. hal ini membuatkan Zack membenci Sham. Joe yang geram dengan tindakan Zack memukul anak buahnya telah mencabar Zack untuk berlumba. Zack memenangi cabaran tersebut dan meminta supaya Joe tidak mengganggunya lagi.

Klimaks

Joe yang tidak berpuas hati dengan Zack telah membunuh seorang mekanik yang bekerja dengan Zack. Zack yang sangat marah dengan tindakan Joe, telah menyerbu kelab malam yang menjadi tempat Joe melepak. Zack telah memukul beberapa rakan Joe. Tindakan Zack tersebut telah memberi padah kepada dirinya sendiri. Joe bersama rakan-rakannya memukul Zack sehingga parah. Sham bersama Musa datang membantu Zack dan melarikannya daripada kelab tersebut. Sham dan Musa menasihati Zack supaya tidak bertindak melulu dan menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis. Polis telah menyerbu kelab tersebut tetapi gagal menangkap Joe.

Peleraian

Sham telah bertemu dengan Fasha meminta mereka menjauhkan diri antara satu sama lain. Zack yang melihat pertemuan tersebut telah tersalah anggap dan menarik Fasha untuk mengikutnya. Joe datang untuk membalas dendam. Sham telah menyelamatkan Zack dan Fasha dari dilanggar oleh Joe dan menyebabkannya cedera parah. Zack mengejar Joe hingga menyebabkan kereta Joe terbabas dan terbakar. Sham yang cedera parah telah dihantar ke hospital. Zack menyesal dengan sikapnya yang tidak mempercayai Sham.


2.TEKNIK

a) Penggunaan teknik kamera ketika kereta meluncur laju dan ketika kemalangan menyebabkan penonton merasakan solah-olah berada didalam kereta. Teknik tersebut juga dijana oleh teknik CGI (computer generated imagery) membuatkan kejadian tersebu benar-benar berlaku.

b) Penggunaan lagu-lagu yang sesuai seperti Evolusi KL drift nyanyian Pop Shuvit telah membangkitkan mood penonton.


3.PENGHAKIMAN

Penonton wajar menonton filem ini kerana ia mengisahkan tentang masalah remaja kini. Penggunaan teknologi tinggi oleh anak tempatan juga menjadi perangsang kepada kejayaan filem ini. Penonton dapat melihat teknik yang digunakan oleh filem tempatan setanding dengan filem barat khususnya Hollywood.

No comments:

Post a Comment